BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 5, 2010

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan, kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap..

ASSALAMMUALAIKUM

Hampir aku kecewe saat keluarnyew result sem lepas..
hanya kerana 1 subjek pointer ku turun mendadak..
A yang dikumpul dalam setiap subjek bagai tiada erti bagiku..
aku kecewe mengenangkan setiap usaha yang aku lakukan bagai tiada erti..
hampir aku berputus asa untuk menjadi yang lebih baik untuk sem akan datang
lagi menggetarkan perasaan apabila salah 1 subjek yang di ambil x
keluar dalam result..

Ya Allah..hanya kau yang mengerti perasaanku saat itu,

macam-macam yang aku fikirkan..
Ber kemungkinan aku :
gagal
gred rendah
n sewaktu dengannye
rupe2nyew..kawan-kawan ku yang lain juga begitu..

BENAR..ALLAH ITU MAHA ADIL N PEMURAH..

Permulaannya Allah bagi aku sedih n DIA mengujiku dengan kekecewaan dan kegagalan..
namun DIA yang pemurah lagi maha mengasihani memberiku kejayaan n kegembiraan setelah dia mengujiku..

semalam, waktu aku mengambil result ku..aku memanjatkan kesyukuran kepada yang MAHA AGUNG..kerana dia telah memberikan result yangbaik pada ku..=p
aku dapat A dalam subjek yang tak keluar dalam result hari tu..alhamdllah..

maka pointerku yang menurun, kini naik kembali...

aku terfikir-fikir,..

Benar, sesungguhnya... ALLAH itu MAHA AGUNG...

Dia memberiku sedih, DIA juga memberiku gembira..
Dia memberiku kegagalan, DIA juga memberiku kejayaan..

Jadi,
Jangan pernah berhenti berharap daripadanya..
teruskan usahamu walaupun kamu menempuh kegagalan pada awalnya
kerana...pada akhirnya nanti pasti kejayaan sedang menunggumu..

teruskanlah BERUSAHA, BERDOA, DAN BERTAWAKAL PADANYA...
'jangan pernah berhenti walaupun untuk seketika..'

sekian dariku, Wasalam..

Friday, December 11, 2009

warkah untuk sahabatku

Bismillahirrahmanirrahim..

Ke hadapan sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,

Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu..

Sahabatku,
Sepanjang cuti yang lalu, banyak yang telah kufikirkan. Tentang kata-katamu mengenai diriku. Tentang teguran darimu yang membuat diriku tersedar dari lamunanku. Terima kasih wahai sahabatku. Dengan kata-kata dan teguran darimu, aku muhasabah kembali tentang apa yang telah aku lakukan sepanjang kita bersahabat. Adakalanya perlakuan dan tutur kataku melukai hatimu. Tapi kau masih tersenyum ketika berbicara denganku. Ku akui kelemahan diri yang sukar sekali mengawal bicaraku. Telah banyak kali kuingatkan diri ini agar mengawal setiap tutur bicaraku namun diriku kecundang jua.

Sahabatku,
Kadang-kadang banyak perkara yang ingin kukongsi bersama dirimu. Bila kusedar tentang siapa diriku pada pandangan matamu, cepat-cepat aku padamkan keinginan hatiku itu. Aku mengerti bahawa aku bukanlah sesiapa pada dirimu. Tapi bagiku dirimu amat bererti buat diriku. Sejak aku mengenali dirimu, banyak perkara yang tak pernah aku bayangkan menjadi sebahagian dari kisah hidupku telahpun kutempuhi. Ianya amat beerti bagi diriku yang masih mencari tentang erti kehidupan yang sebenar.

Sahabatku,
Aku tertanya ke mana hilangnya kemesraan hubungan kita. Kenapa kau mendiamkan diri dan tidak menjawab semua panggilanku? Jika benar diriku ada berbuat salah dan melukai hatimu, maafkanlah diri ini kerana aku jua manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Khabarkan pada diriku tentang apa yang telah aku lakukan yang membuatkan dirimu menjauhkan diri dariku. Jika dirimu enggan memaafkanku, apalah dayaku kerana hanya kau yang berhak untuk memberikan kemaafan padaku. Sahabatku yang lain pernah berkata 'Orang yang memaafkan kesalahan orang lain punyai jiwa yang besar'. Mahukah kau menjadi seperti mereka?

Sahabatku,
Aku tidak mampu lagi untuk menyusun madah kerana setiap kali diriku mencoret nukilan buatmu aku dapat rasakan yang kau semakin jauh dariku. Ambillah sebanyak mana waktu yang kau mahukan. Akanku didik diri ini agar sabar dalam menanti sebuah kemaafan darimu. Jika itu harga sebuah kemaafan yang perlu kubayar akan kusabar dalam penantian ini.

Sekian dariku...

Wednesday, December 9, 2009

hye ! hye ! hye !....

hyeeppp....da lame x wat entry ek...?
maklum laa...bz skit ngan exam..
tinggal lagi 3 paper jew..pastu da cutiee...
yaho0oo000...!!! =p

Sunday, December 6, 2009

TeRuJEW...

Assalamualaikum...Cik Mawar in da blog! huhuu...

Firstly...hurmm..aku baru jew buat buat blog ni...n baru jew berjinak-jinak..
so masih banyak lagi la kekurangannyew....

Secondly...thanks 2 all my hosmet yg tlong ajarkan pasal blog2 ni...
hhmm...terujew sgt hhehee..

actualy.....

blog aku ni tempat nk share pape cter with all frenz...
pape info yg menarik bleh share kat sni gak...hhhmm..

haaa lg 1...
name blog ni 'mawarkiniberkhayal'
Mawar : melambangkan aku...huhuu...selembut mawar n de lagi yg tersirat ( biarlah rahsia)
hehe
Khayalan : khayalan yg di maksudkan bukan khayalan yang negatif2 ek...sumenyew yg positif!
huhuu.. yelaa...kadang-kadang dari suatu khayalan 2 boleh membuat kn kita lebih
bersemangat untuk mencapai apew yg kita khayalkan..
lastly.....

urm k laa aku pown da ngantok ni....
sampai sni je laa coretan cik mawar..
ade bnyk lagi yang nk dikongsi..
k.... daaaaa....jumpe lagi di lain entry..muaahhh!!